Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei ke final, mudah tumbangkan beregu nombor 2 dunia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tang jie ee wei

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke final Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila mudah menumbangkan pasangan nombor dua dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, secara set langsung dalam aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun sebagai gandingan pilihan ketiga, Tang Jie-Ee Wei berada di kedudukan mengejar pada awal saingan tetapi ketika berada di kedudukan 13-14, mereka mula mendapatkan rentak sebenar untuk memintas dan tidak lagi ketinggalan sebelum memenangi set pertama 21-17.

Advertisement

Penguasaan penuh dipamerkan pasangan negara itu dalam set kedua untuk jauh meninggalkan lawan sebelum mudah mencatatkan kemenangan 21-12 selepas secara keseluruhan bertarung selama 33 minit.

Menanti mereka dalam penentuan gelaran esok ialah pemenang di antara gandingan pilihan keenam tuan rumah, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, dan beregu Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

 

Must Watch Video