Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah mudah ke separuh akhir tumbangkan gandingan Korea Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pearly thinaah

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berdepan masalah untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim Yu Jung-Lee Yui Lim, secara set langsung dalam aksi suku akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan utama, gandingan negara itu berdepan tentangan pada awal set pertama sehingga pada satu ketika ketinggalan 7-10.

Advertisement

Bagaimanapun, selepas terikat 12-12, mereka tidak lagi menoleh ke belakang untuk memenangi set pembukaan itu 21-15.

Momentum itu berterusan dalam set kedua, di mana Pearly dan Thinah hanya membenarkan lawan mendahului dua mata pertama sebelum mereka mempamerkan penguasaan penuh untuk menang 21-9 setelah secera keseluruhan bertarung selama 29 minit.

Menanti mereka dalam penentuan ke final esok ialah pemenang di antara pilihan keempat dari Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu Hsuan, dan wakil tuan rumah, Lanny Tria Mayasari-Apriyani Rahayu.

 

Must Watch Video