Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah melangkah gagah ke final jinakkan gandingan tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Pearly Thinaah.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah, tidak berdepan masalah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Masters Indonesia apabila mudah menumbangkan gandingan tuan rumah, Lanny Tria Mayasari-Apriyani Rahayu, dalam perlawanan separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Turun sebagai pilihan utama, Pearly dan Thinaah tidak berdepan banyak kesukaran, terutama menuju ke penghujung saingan sebelum memenangi set pertama 21-15.

Advertisement

Naib juara Kejohanan Dunia itu kemudian meningkatkan permainan dalam set kedua dan jelas, ia memberikan kesukaran untuk lawan memberikan saingan sebelum mereka mengesahkan kemaraan ke final dengan kemenangan 21-9 selepas secara keseluruhan bertarung selama 32 minit.

Menanti mereka dalam penentuan gelaran esok ialah gandingan Jepun, Arisa Igarashi-Miyu Takahashi.

 

Must Watch Video