Skip to main content

Badminton

Masters Indonesia: Letshanaa beri segalanya sebelum kandas dalam separuh akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Letshanaa

Perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, memberikan segala yang ada sebelum tewas kepada wakil Thailand, Pitchamon Opatniputh, dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.

Berdepan pemain di ranking ke-36 dunia itu jelas memberikan kesukaran buat pemain di ranking ke-42 dunia berkenaan, di mana Letshanaa tewas 15-21 dalam set pertama.

Advertisement

Tentangan lebih baik diberikan pemain berusia 22 tahun itu dalam set kedua tetapi ia belum cukup untuk menghalang kekalahan 17-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 41 minit.

Sebagai rekod, Letshanaa merupakan perseorangan wanita negara pertama layak ke separuh akhir kehohanan bertaraf Super 500 dalam tempoh tiga tahun ini sejak Goh Jin Wei melakukannya dalam Terbuka Hong Kong pada 2023.

 

Must Watch Video