Beregu campuran sensasi negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meraih gelaran pertama musim ini selepas menewaskan wakil Denmark dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senaya, Jakarta sebentar tadi.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama pasangan nombor satu negara itu mencipta kejuaraan di bumi Indonesia.
Advertisement
Dalam pertembungan sengit itu, Mathias Christiansen-Alexandra Boje menonjolkan permainan berkualiti, sekali gus memaksa wakil negara berhempas pulas dalam aksi final itu.
Dari gelanggang Jakarta ke sejarah negara 🇲🇾
Juara Dunia Semasa - Chen Tang Jie & Toh Ee Wei cipta kejayaan luar biasa apabila muncul juara beregu campuran Indonesia Masters 2026 – yang pertama untuk Malaysia sejak 2010!
Bangga! 🏸🔥@TOHEEWEI1 @ASTROARENA pic.twitter.com/iCBXX69k6H— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 25, 2026
Meskipun tewas set pertama 15-21, Juara Dunia itu melakar kebangkitan 21-17 dalam set kedua untuk mengheret permainan ke set penentuan.
Dalam perlawanan akhir itu, beregu campuran ranking keempat dunia itu pantas mengasak pihak lawan dengan pukulan kencang dan mensasarkan kesilapan mereka untuk tenang mendahului di depan.
Mata kejuaraan hadir 21-11 untuk Tang Jie dan Ee Wei berada di atas podium buat kali pertama musim ini.