Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, tidak bedepan masalah untuk ke final Kejohanan Badminton Masters Indonesia aabila mudah menewaskan lawan dari Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, dalam perlawanan separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta sebentar tadi.
Turun sebagai pilihan keempat, wakil negara itu mempamerkan penguasaan penuh sejak dari awal, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sejak mata pertama sebelum memenangi set pembukaan itu 21-9.
Advertisement
Sedikit kesukaran dihadapi mereka pada awal set kedua tetapi sebaik mengikat kedudukan 5-5, gandingan negara itu tidak lagi menoleh ke belakang untuk mencatatkan kemenangan 21-15 selepas secara keseluruhan bertarung selama 28 minit.
Menanti mereka dalam penentuan gelaran esok ialah gandingan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin.