Trauma berterusan buat bintang perseorangan lelaki China, Shi Yu Qi, apabila tewas seawal pusingan pertama di tangan Loh Kean Yew menerusi kekalahan straight set 11-21, 10-21 dalam Kejohanan Badminton Masters China 2026 semalam.
Bekas pemain nombor satu dunia itu terpaksa akur di tempat sendiri, selain tunduk kepada ranking ke-14 dunia itu.
Kegagalan berterusan sejak tidak berjaya mempertahankan gelaran juara Kejohanan Badminton Dunia BWF 2026 baru-baru ini tatkala turut berputih mata pulang seawal pusingan pertama di tangan Ayush Shetty.
Namun, satu lagi tumpuan lensa melibatkan kehadiran bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long, yang dipercayai membantu Shi Yu Qi di tepi gelanggang.
LI-NING China Masters 2026
MS - R32
21 21 🇸🇬LOH Kean Yew🥇
11 10 🇨🇳SHI Yu Qi
🕚 in 30 minutes— BWFScore (@BWFScore) September 1, 2026
Ia, sekali gus menandakan kali pertama buat antara bekas pemain paling berjaya itu muncul di tepi gelanggang sebagai jurulatih untuk pasukan utama kebangsaan China.
Meskipun tiada pengesahan rasmi, dengan Persatuan Badminton China (CBA) menghadapi krisis besar -- presiden, Zhang Jun, naib presiden, Xia Xuanze, -- didakwa terlibat dengan pelanggaran serius yang boleh dikenakan penjara -- Chen Long dikatakan boleh memberi nafas baharu buat negara itu pada masa akan datang.