Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters China apabila mudah menundukkan cabaran wakil tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying, dalam aksi suku akhir di Arena Shenzhen sebentar tadi.
Turun selaku pilihan kelapan, pasangan suami-isteri itu mula menguasai permainan sejak pertengahan set pertama sebelum memenangi set pertama 21-15.
Dalam set kedua, gandingan negara itu berdepan sedikit kesukaran pada pertengahan aksi tetapi kecederaan yang dialami Jia Xuan mengubah situasi itu secara mendadak untuk Soon Huat dan Shevon meraih 11 mata berturut-turut untuk mengesahkan kemenangan 21-11 selepas secara keseluruhan bertarung selama 35 minit.
Menanti mereka bagi penentuan ke final esok ialah pemenang di antara beregu pilihan utama, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, dan pilihan ketujuh dari Taiwan, Ye Hong Wei- Nicole Chan.