Skip to main content

Badminton

Masters China: Aksi penuh dramatik! Azriyn-Wee Kiong ke separuh akhir

Masters China: Aksi penuh dramatik! Azriyn-Wee Kiong ke separuh akhir
Advertisement

Gandingan Malaysia, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mara ke separuh akhir Masters China 2026 selepas menewaskan pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dalam aksi suku akhir, sebentar tadi.

Azriyn-Wee Kiong terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan gandingan Indonesia itu 21-17, 16-21, 21-19 dalam pertarungan selama 58 minit.

Advertisement

Pasangan negara bermula baik apabila menguasai set pertama 21-17, namun Sabar-Reza bangkit pada set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang 21-16.

Dalam set ketiga yang sengit, Azriyn-Wee Kiong kekal tenang pada penghujung permainan sebelum menutup aksi 21-19 untuk memastikan tiket ke kelompok empat terbaik.

Advertisement

Kemenangan itu menyaksikan cabaran Malaysia dalam acara beregu lelaki China Masters 2026 terus bernyawa, dengan Azriyn-Wee Kiong kini hanya selangkah untuk memburu tiket ke pentas final.

Ia turut melengkapkan empat wakil negara mara ke separuh akhir yang berlangsung esok.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video