Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Masih terlalu awal untuk bercakap soal kejuaraan -- Jurulatih JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muniz

Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz, berkongsikan masih terlalu awal untuk menilai pasukannya sebagai skuad yang bakal menjuarai saingan Liga Super 2025/26 musim ini.

Skuad Harimau Selatan terus mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini dalam saingan liga selain meraih 12 kemenangan berturut-turut untuk berada di puncak carta liga.

Advertisement

"Masih terlalu awal untuk bercakap soal kejuaraan. Banyak lagi perlawanan menanti, terutama jadual padat pada Januari dan Februari.

 

 

"Oleh itu, setiap pemain, sama ada import atau tempatan, perlu sentiasa bersedia dan memberikan yang terbaik di setiap peringkat.

"Apa pun, sekarang masanya untuk berehat dan ‘recharge’ semula bateri selama tiga, empat atau lima hari kerana tiada perlawanan terdekat.

"Selepas itu, kami perlu kembali bekerja dan terus memperbaiki pasukan bagi melakar lebih banyak kejayaan." katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

JDT tidak berdepan masalah menewaskan Kelantan The Real Warriors 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi untuk mengumpul 36 mata daripada 12 perlawanan liga.
 

Must Watch Video