The Pocket Rocketwoman, Nurul Izzah Izzati, menegaskan aspek ketahanan mental dan kayuhan bertenaga merupakan antara senjata ampuhnya menjelang saingan Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, 18 hingga 20 Disember ini.
Setelah tiada kategori berbasikal wanita dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA Thailand kali ini, Izzah kini mengorak langkah dalam percubaan mendapatkan podium dalam kejohanan itu nanti.
Advertisement
Izzah turut menjelaskan pengalaman yang dimilikinya sebelum ini semakin mematangkan dirinya untuk memperagakan persembahan terbaik pada kejohanan di Australia itu.
Begitupun, Izzah lebih mempertaruhkan kredibiliti untuk melakar sensasi dalam acara keirin berbanding sprint.
"Bagi saya apa yang perlu diperbaiki masih banyak daripada aspek catatan masa dan mentaliti untuk persediaan merebut gelaran juara.
"Saya perlu buat persediaan dan terus fokus untuk karier saya." katanya.