Penyerang Arsenal, Gabriel Jesus, berasakan 'masih ada urusan belum selesai' bersama The Gunners meskipun berdepan cabaran berliku dengan kemelut kecederaan selain komited untuk merangkul gelaran.
Gabriel yang terpaksa berehat selama 11 bulan susulan kecederaan lutut Kembali beraksi di atas padang sebagai pemain gantian minggu lalu bagi membantu Arsenal menewaskan Club Brugge 3-0 dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL).
Advertisement
Pemain berusia 28 itu menyertai skuad kendalian Mikel Arteta pada 2022 dari Manchester City dengan nilai perpindahan sekitar £45 juta (RM240.48 juta) selepas persaingan selepas ketibaan Erling Haaland dan Julain Alvarez.
"Saya berasakan seperti ada urusan yang belum selesai di Arsenal. Saya tidak mahu pergi. Orang ramai bertanya 'kenapa awak tak tinggalkan sahaja?' Kenapa tidak ke Arab Saudi? Atau pulang ke Brazil?'"
"Suatu hari nanti saya ingin semuanya menjadi kenyaaan bersama Palmeiras, tapi bukan hari ini.
"Apabila saya datang ke sini untuk sertai Mikel (Arteta), tujuan saya bukan untuk menjaringkan gol. Tujuan saya adalah untuk memenangi gelaran." katanya.