Skip to main content

Bola Sepak

Masa saya di Shelbourne telah berakhir -- Calon pemain warisan kembali ke Malaysia?

ff
Advertisement

Pertahanan berdarah England-Malaysia, Sam Bone, mengumumkan perpisahan dengan bekas pasukannya di Liga Ireland, Shelbourne, selepas dua setengah musim menabur khidmat.

Terdahulu, Sam yang difahamkan lahir di Kuching, Sarawak itu pernah berkongsikan akan ke Malaysia bulan ini selain akan turut singgah di Singapura.

Advertisement

Pemain berusia 28 tahun itu merupakan bekas graduan akademi Charlton Athletic serta anak kepada bekas pemain import Sarawak, Billy Bone. Malah, pernah beraksi di Sarawak selama dua musim sebelum berkelana ke Singapura dari 1999 hingga 2004.

Menerusi Story Instagram, dia berkongsikan: "Masa saya bersama Shelbourne telah berakhir selepas dua setengah tahun yang sungguh luar biasa.

Advertisement

"Merupakan satu penghormatan besar bagi saya untuk mewakili kelab bola sepak ini.

"Apabila saya pertama kali menyertai kelab ini, saya tidak pernah membayangkan perjalanan yang bakal ditempuhi, kenangan yang akan tercipta, mahupun insan-insan yang akan saya temui sepanjang tempoh itu.

"Daripada memenangi kejuaraan liga sehinggalah layak ke Peringkat Kumpulan kejohanan Eropah dan beraksi di Johan Cruyff Arena.

"Memang gila! Lebih istimewa lagi, saya dapat merasai semua pengalaman ini bersama individu-individu yang hebat. Saya amat bersyukur.
Kepada setiap jurulatih, kakitangan, ahli fisioterapi dan semua yang bekerja di sebalik tabir, terima kasih.

"Terlalu ramai untuk disebut satu persatu, namun ketahuilah bahawa saya amat menghargai segala jasa anda semua. Anda semua telah memainkan peranan penting menjadikan dua setengah tahun ini begitu istimewa.

"Setiap pemain pasti mengatakan bahawa penyokong mereka adalah yang istimewa, tetapi saya benar-benar ikhlas apabila mengatakan anda semua memang luar biasa.

"Kini tiba masanya untuk membuka lembaran baharu, dan saya teruja menantikan apa yang bakal berlaku seterusnya. Sekali lagi, terima kasih." katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video