Skip to main content

Bola Sepak

Martin On'Neill kembali jadi pengurus Celtic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Celtic

Martin O'Neill kembali menjawat jawatan pengurus Celtic untuk baki musim 2025/2026 susulan pemecatan Wilfried Nancy.

Pengendali berusia 73 tahun itu sebelum ini pernah mengisi kekosongan ditinggalkan Brendan Rodgers pada oktober tahun lalu dengan membantu Celtic raih 7 daripada 8 kemenangan liga sebelum beri laluan buat Nancy sertai pasukan pada Disember.

Advertisement

Namun, prestasi hambar pasukan di bawah kendalian Nancy menyaksikan pengurusan terpaksa melepaskan khidmat pengendali Perancis itu apabila beliau sekadar raih 2 daripada 8 perlawanan.

O'Neill yang ditemui media selepas pelantikan baru ini merasakan keputusan pengurusan adalah satu penghormatan besar buat dirinya dan dia sudah bersedia untuk kembali bantu Celtic berada di tahap terbaik seperti sebelum ini.

Fokus utama beliau kini adalah memastikan pasukan kembali di landasan kemenangan sekaligus menamatkan kempen 2025/2026 dengan nota positif.

O'Neill yang sebelum ini pernah julang 7 trofi bersama Celtic pada tahun 2000 sehingga 2005 bakal dibantu barisan jurulatih seperti Shaun Maloney, Mark Fotheringham dan Stephen McManus.

Topik Berkaitan

Must Watch Video