Skip to main content

Bola Sepak

Maresca ganti Amorim? -- Scholes lontar pendapat calon pengurus baru Man Utd

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

EPL


Paul Scholes percaya Enzo Maresca pasti mendapat tawaran Manchester United tetapi menjangkakan bekas pengurus Chelsea itu akan pada akhirnya memilih di Manchester City.

United memecat Ruben Amorim malam tadi selepas tempoh 14 bulan yang mengecewakan yang turut menyaksikan The Red Devils menamatkan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu di tempat ke-15 dan terus bergelut musim ini.

Advertisement

Prestasi di padang bukanlah satu-satunya isu yang dihadapi United oleh Amorim, namun bekas ulasan daripada bekas pengurus Sporting itu dalam sidang akhbar selepas seri 1-1 di Leeds, sehari sebelumnya menghangatkan lagi ketegangannya dengan pihak atasan.

Amorim memberi amaran kepada pihak atasan di Old Trafford supaya tidak mengganggu tugasnya selain mengkritik kelab itu berhubung pasaran perpindahan.

Bekas pemain tengah United, Darren Fletcher, diangkat sebagai pengurus sementara dan untuk mengemudi perlawanan Burnley, hujung minggu ini.

Namun. Scholes percaya melantik Maresca adalah satu kesilapan dan menganggap jurulatih dari Itali itu lebih cocok buat Manchester City yang mencari pengganti jangka panjang buat Pep Guardiola.

Spekulasi mengaitkan Guardiola akan mengundurkan diri setelah sebaik kontraknya tamat.

"Maresca dianggap sebagai pengganti Guardiola yang sangat baik di Man City.

"Dia tidak rasa sesuai untuk Man United tetapi dia rasa sesuai untuk Man City," katanya dalam satu podcast. 

Must Watch Video