Skip to main content

Bola Sepak

Manzambi, anak pasangan Angola-Congo diangkat wira Switzerland di Piala Dunia 2026

ADA

Nama Johan Manzambi pantas menjadi bualan dan tajuk utama berita di Switzerland selepas kecemerlangannya membantu pasukan bola sepak kebangsaan negara itu menundukkan Bosnia & Herzegovina, 4-1 di Stadium Los Angeles pada Jumaat.
Namun kecemerlangan itu tidak datang bergolek. 

Sejak kecil Manzambi sudah didedahkan oleh ayahnya tentang bola sepak. Sebagai imigran dari Congo, ayahnya sedar dia perlu membuka banyak ruang buat anak-anaknya berkembang di Switzerland. 

Ibunya yang berasal dari Angola tidak banyak membantah. 

Sebaik Manzambi berusia 4 tahun, bermulalah pendidikan formalnya dalam bola sepak di sebuah akademi di Geneva. 

Sejak itu, Manzambi tidak menoleh ke belakang lagi, dia sentiasa menunjukkan semangat dan tenaga yang luar biasa setiap kali diberikan ruang dan peluang, walaupun melalui transisi dari posisi penjaga gol kepada midfielder. 

Ruang semakin terbuka buat Manzambi pada 2024 apabila dinaikkan pangkat ke skuad senior Switzerland dan mula menyarung jersi Freiburg di saingan Bundesliga. 

Manzambi tidak perlukan masa yang lama untuk mencuri perhatian dunia bola sepak apabila membawa Freiburg ke pentas akhir Europa League yang cukup bersejarah buat kelab dari Jerman itu, namun pada masa yang sama, membuatkan pihak pengurusan pening kepala kerana banyak kelab termasuk dari Liga Perdana Inggeris cuba memancing Manzambi.  

Peluang untuk Manzambi menyinar di pentas tertinggi bola sepak akhirnya menjelma pada ketika dia melewati usia 20 tahun 247 hari. 

Tidak hanya meledak jaringan pembukaan pada minit 74 yang cukup melegakan penyokong dan barisan kejurulatihan, Manzambi turut menjaringkan gol ketiga Switzerland tepat 90 minit permainan untuk mencipta sejarah baru, muncul pemain gantian termuda yang menjaringkan dua gol dalam aksi piala dunia.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

Related Topics

Must Watch Video