Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Olahraga

Manshahar sambut baik cadangan Olahraga Malaysia bawa Danish Iftikhar berlatih bersama kem kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

danish

Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil, berbesar hati menerima cadangan Olahraga Malaysia (MA) untuk membawa masuk Danish Iftikhar berlatih bersama skuad kebangsaan di Majlis Sukan Negara, di bawah tunjuk ajar jurulatih pecut kebangsaan.

Begitupun, perlunya perbincangan dan persediaan jelas daripada Danish termasuk pengurusan tentang perlepasan atlet itu sebelum memasuki kem olahraga kebangsaan.

Advertisement

"Buat masa saya ini perkara itu saya cadangan baik, namun perlu ada perbincangan daripada semua pihak sebelum ia dapat dilaksanakan.

 

 

"Ia melibatkan banyak sektor, Danish sekarang dilatih bapanya sendiri, jadi perlu berbincangan dengan keluarganya. MA, MSN dan keluarga perlu ada dalam bincang hala tuju dia." katanya.

Nama Danish menjadi bualan hangat selepas berjaya membawa pulang tiga pingat dalam penampilan sulungnya di temasya Sukan SEA Thailand 2025 baru-baru ini termasuk gangsa acara 100m (meter) lelaki dengan catatan masa 10.26 saat, selain memecahlan rekod kebangsaan 200 meter milik Russel Alexander dengan catatan baharu 20.73 saat.

 

Must Watch Video