Arsenal terpaksa akur tewas tipis 2-3 kepada Manchester United di hadapan penyokong sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Pasukan tuan rumah mendahului terlebih dahulu menerusi jaringan sendiri Lisandro Martinez pada minit ke-29 sebelum gol Bryan Mbeumo menyamakan kedudukan lapan minit sebelum babak pertama berakhir.
Advertisement
#️⃣3️⃣7️⃣⚫️🟡
— Manchester United (@ManUtd) January 25, 2026
Masuk babak kedua menyaksikan skuad kendalian Michael Carrick giat mengasak kubu pertahanan The Gunners sehingga jaringan Patrick Dogu hadir pada minit ke-50 untuk menewaskan David Raya buat kali kedua.
Meskipun kerja keras Arsenal berhasil apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-84 menerusi Mikel Merino, namun jaringan Matheus Cunha di penghujung perlawanan memastikan United membawa pulang tiga mata dari Emirates untuk kemenangan 3-2.