Manchester United bakal kehilangan khidmat penggempur utama iaitu Benjamin Sesko menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Everton, minggu depan.
Perkara itu disahkan Ruben Amorim sendiri yang menjelaskan penyerang kebangsaan Slovenia berusia 22 tahun itu terpaksa direhatkan 'beberapa minggu' selepas mengalami kecederaan lutut ketika aksi bertemu Tottenham sebelum ini.
Advertisement
"Saya menjangkakan Ben akan kembali. Dia akan berehat selama beberapa minggu, saya tidak tahuberapa lama tetap ia (kecederaan) tidakbegitu serius.
"Dia sedang menjalani pemulihan, dia semakin baik." katanya.
Selain Sesko, antara pemain yang berpotensi tidak dapat diturunkan dalah Harry Maguire susulan turut mengalami kecederaan sebelum ini.