Skip to main content

Bola Sepak

Manchester United bangkit tumbangkan Crystal Palace di Selhurst Park

t.spurs logo.png

Join now via My Astro App to win Spurs jersey & merchandise!

mason

Manchester United bangkit tumbangkan Crystal Palace 2-1 dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, malam tadi.

The Red Devils yang tewas dalam aksi bertemu Everton minggu lalu, hampir dimalukan sekali lagi apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol terlebih dahulu menerusi Jean-Philippe Mateta menerusi sepakan penalti pada minit ke-36 selepas Leny Yoro mengasari pasukan lawan.

Advertisement

Keputusan itu kekal dalam babak pertama meskipun kedua-dua pasukan saling bertukar serangan.

Begitupun, skuad kendalian Ruben Amorim kembali memperkemaskan corak permainan dalam babak kedua dan rembatan deras Joshua Zirkzee daripada sudut sukar menewaskan Dean Henderson untuk kedudukan berubah menjadi 1-1.

 

 

 

 

Untuk rekod, itu merupakan jaringan pertama pemain Belanda itu selepas kali terakhir meledak ketika aksi menentang Everton pada Disember 2024.

Selang Sembilan minit kemudian, giliran Mason Mount membuktikan kredibilitinya selaku pakar tendangan percuma The Red Devils untuk jaringan kedua sekali gus menoktahkan rekod kebal Palace yang tidak tewas di laman sendiri sejak Februari lalu.

Kemenangan itu menyaksikan Manchester United berada di tangga ketujuh dengan 21 mata selepas 3 perlawanan, manakala Palace di ranking kesembilan kurang satu mata.

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 16 of 38
Sabtu, 13 Dis
11:00 PM
Liverpool-team-logo Liverpool
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
11:00 PM
Chelsea-team-logo Chelsea
Everton-team-logo Everton
Ahad, 14 Dis
01:30 AM
Burnley-team-logo Burnley
Fulham-team-logo Fulham
04:00 AM
Arsenal-team-logo Arsenal
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
10:00 PM
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
10:00 PM
West Ham United-team-logo West Ham United
Aston Villa-team-logo Aston Villa
10:00 PM
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Manchester City-team-logo Manchester City
10:00 PM
Sunderland-team-logo Sunderland
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Isnin, 15 Dis
12:30 AM
Brentford-team-logo Brentford
Leeds United-team-logo Leeds United
Selasa, 16 Dis
04:00 AM
Manchester United-team-logo Manchester United
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC

Must Watch Video