Manchester City melakar kemenangan ketiga berturut-turut selepas menewaskan pendatang baru di Liga Perdana Inggeris (EPL), Coventry City, 1-0 Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Tandukan kencang Erling Haaland hasil hantaran cantik Antoine Semenyo pada minit ke-26 memastikan memacu kemenangan The Netizen yang turut menyaksikan pemain kebangsaan Argentina, Enzo Fernandez, -yang baru dibawa masuk dengan yuran perpindahan £125 juta (RM683 juta)- turun melakukan penampilan pertama.
Untuk rekod, jaringan itu merupakan gol ke-300 Haaland dalam semua kejohanan -- Man City 165 gol, Borussia Dortmund 86 gol, Salzburg 29 gol dan Molde 20 gol.-- sepanjang kariernya.
300 club goals. Grateful for every step 🙏🏻🩵 pic.twitter.com/Lj1hKFuaJ8
— Erling Haaland (@Erling) September 5, 2026
"Saya sangat menyukai hari ini di atas sebab yang berbeza. Separuh masa pertam kami berpeluang menjaringkan satu atau dua gol tetapi kami bekerjasama untuk menang." kata jurulatih City, Enzo Maresca.
City mendahului di puncak carta liga dengan Sembilan mata selepas tiga perlawanan diikuti Hull City dengan tujuh mata, sementara juara bertahan, Arsenal, di kedudukan ketiga dengan mereka akan berdepan Arsenal malam ini.