Edisi ketiga Malaysian Ultra-Trail (UTMB) 2026 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara acara larian ultra yang semakin mendapat perhatian apabila penyertaan antarabangsa meningkat hampir 40 peratus tahun ini.
Pengarah Perlumbaan, Ewegene Tan, menyifatkan kejohanan di Taiping itu amat berjaya dengan jumlah keseluruhan penyertaan melebihi 2,900 pelari.
Lebih membanggakan, lebih 90 peratus peserta berjaya menamatkan larian.
Pelari tempatan, Michelle Ng, turut melakar sejarah apabila menjadi atlet Malaysia pertama layak ke peringkat World Finals selepas menduduki tempat kedua keseluruhan kategori 50 kilometer.
Menurut Ewegene, antara tarikan utama acara itu ialah pengalaman unik berlari di kawasan hutan simpan serta suasana meriah yang disediakan di stesen bantuan sepanjang laluan.
Taiping juga bakal terus menjadi lokasi tuan rumah.
Ewegene mengesahkan edisi seterusnya akan berlangsung pada minggu pertama September 2027, yang turut menjadi edisi ke-10 perlumbaan tersebut.