Pemain boling padang wanita negara, Emma Firyana Saroji, berpendapat bahawa turun sebagai pemain nombor satu dunia dan menjadi pilihan utama kejohanan memberi nilai tambah untuk dirinya membuktikan kemampuan apabila turun ke gelanggang.
"Saya anggap status itu sebagai motivasi dan penghargaan terhadap segala usaha serta pencapaian saya selama ini.
"Dalam pada masa yang sama, saya perlu kekal fokus serta berikan yang terbaik semasa bermain untuk buktikan kemampuan saya." kata Emma.
Emma juga menjangkakan tahap konsistensi serta fokus antara cabaran terbesar buat dirinya, terutama apabila bakal bertemu dengan pemain-pemain berkelas dunia yang lain.
"Saya menyasarkan untuk menjuarai kejohanan kerana sebagai seorang atlet, saya perlu ada sasaran yang jelas.
"Saya perlu sentiasa fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan dan merencana strategi yang tepat bagi menggapai sasaran yang saya inginkan." tambahnya.