Skip to main content
Advertisement

Boling Padang

Malaysian Open - The Royal Patron’s Cup: Alia–Puteri sasar podium

Malaysian Open - The Royal Patron’s Cup: Alia–Puteri sasar podium
Advertisement

Atlet pelapis boling padang negara, Nurul Alia Liyana dan Puteri Nur Annissa Sofea, menjadikan pengalaman di Sukan Malaysia (SUKMA) sebagai bekalan penting menjelang Kejohanan Malaysian Open – The Royal Patron’s Cup di Terengganu.

Alia meraih satu pingat emas pada SUKMA, manakala Puteri membawa pulang pingat perak dalam dua acara berbeza. Gandingan itu turut hadir dengan keyakinan selepas menjuarai acara pairs wanita pada Lion City Cup 2026.

Advertisement

Bagaimanapun, tempoh persiapan mereka agak singkat apabila hanya menjalani latihan pusat selama dua minggu sebelum kejohanan bermula.

“Kami meletakkan sasaran berada di podium kerana beraksi di laman sendiri dan mahu membuktikan kami mampu mengharumkan nama negara,” kata Puteri.

Advertisement

Keserasian kedua-dua pemain mula terserlah apabila mereka membuka kempen di Terengganu dengan kemenangan 2-0 ke atas gandingan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Nurul Faezah dan Wan Atiqah.

Sementara itu, atlet lelaki negara di bawah Program Podium, Mohamad Fadley Jabal, mengakui masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki meskipun memulakan saingan perseorangan dengan kemenangan 2-0.

Pemain yang mesra dengan panggilan Deli itu berkata rasa gugup pada awal permainan sedikit mengganggu fokusnya, namun berjaya diatasi menjelang end keempat pada set pertama.

Deli memilih untuk tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi, sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada setiap perlawanan peringkat kumpulan kerana hanya juara kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya.

Bagi Alia dan Puteri, kelebihan beraksi di laman sendiri diharap dapat membantu mereka memburu podium, sekali gus membuktikan kemampuan generasi pelapis boling padang negara.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video