Skip to main content

Boling Padang

Malaysian Open – The Royal Patron's Cup: Skuad negara raih 10 pingat, tutup kempen dengan cemerlang

Malaysian Open – The Royal Patron's Cup: Skuad negara raih 10 pingat, tutup kempen dengan cemerlang
Advertisement

Kem boling padang negara menutup tirai saingan sulung Malaysian Open – The Royal Patron’s Cup 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila membawa pulang tiga pingat emas, empat perak dan tiga gangsa.

Ketua jurulatih negara, Fairul Izwan Abd Muin, menyifatkan kutipan 10 pingat itu sebagai perkembangan positif, malah rata-rata atlet berjaya melepasi petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan sebelum kejohanan.

Advertisement

Menurutnya, hampir keseluruhan atlet di bawah Program Podium berjaya mara ke final, sekali gus memenuhi sasaran awal pasukan.

“Hampir kesemua atlet di bawah Program Podium mara ke final. Kami meletakkan mereka dalam kedudukan podium dan ia berlaku.

Advertisement

“Kejohanan ini kami dapat menilai prestasi mereka dan sedikit sebanyak dapat mencongak strategi untuk tahun akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, penilaian pasca kejohanan tetap akan dilakukan bagi mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki demi memastikan prestasi lebih konsisten pada pertandingan akan datang.

Dalam perkembangan sama, jurulatih skuad pelapis kebangsaan, Megat Mohd Nazim, turut meluahkan kepuasan terhadap pencapaian anak buahnya yang melebihi sasaran awal.

Menurutnya, skuad pelapis pada mulanya hanya menyasarkan satu pingat emas, namun berjaya membawa pulang dua emas dan satu gangsa.

“Pasukan pelapis berjaya mencuri dua pingat emas, satu pencapaian yang luar jangkaan kami,” katanya.

Pencapaian itu membuktikan atlet pelapis negara turut berupaya memberikan saingan dan menghasilkan keputusan positif meskipun belum melalui struktur program pembangunan yang menyeluruh.

Secara keseluruhan, kejayaan meraih 10 pingat pada edisi sulung kejohanan itu menjadi petunjuk positif terhadap perkembangan boling padang negara, selain menyediakan ruang untuk menilai kekuatan serta kelemahan pasukan menjelang cabaran tahun hadapan.

Sementara itu, legenda boling padang negara, Siti Zalina Ahmad, meluahkan keterujaannya melihat perkembangan pesat sukan itu di Malaysia yang disifatkan semakin menghampiri standard kuasa besar dunia seperti Australia dan Scotland.

Siti Zalina yang turut menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih skuad pelapis kebangsaan mengakui bakat dalam kalangan pemain muda semakin bertambah.

Malah, corak permainan generasi baharu juga dilihat semakin bervariasi dan menarik, sekali gus memberikan gambaran positif terhadap masa depan sukan berkenaan.

“Anak-anak muda patut rasa bersyukur dan gembira berdasarkan prasarana yang disediakan, cabaran permainan yang lebih menarik. Kita dapat melihat variasi permainan semakin menarik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan masih terdapat beberapa kelompongan yang perlu diberikan perhatian, khususnya membabitkan aspek psikologi dan kekuatan mental pemain muda.

Menurutnya, pembangunan sukan boling padang bukan hanya bergantung kepada kemudahan serta kemahiran teknikal, sebaliknya turut memerlukan pembentukan karakter dan pemahaman mendalam terhadap nilai sukan itu.

“Sebagai pemain yang sudah lama, terdapat kelompongan yang perlu dititikberatkan daripada segi kekuatan rohani, kekuatan mental dan cara menghormati seni sukan boling padang,” katanya.

Pandangan Siti Zalina itu hadir ketika Malaysian Open – The Royal Patron’s Cup 2026 melabuhkan tirainya, dengan skuad negara berjaya mengutip tiga emas, empat perak dan tiga gangsa.

Jelasnya, perkembangan positif yang sedang berlaku perlu disusuli dengan pembangunan menyeluruh agar generasi muda bukan sahaja mampu bersaing, malah berupaya membawa boling padang Malaysia ke tahap lebih tinggi di pentas antarabangsa.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video