Juara boling padang dunia 2023, Aleena Nawawi, sasar podium bagi tiga kategori yang disertainya dalam saingan Malaysian Open – The Royal Patron's Cup 2026 di Terengganu bermula hujung minggu ini.
Ia dianggap sebagai tonik terbaik memandangkan saingan Terbuka Malaysia itu adalah platform persiapan terakhir sebelum Kejohanan World Bowls Series pada Disember depan.
Ini merupakan penampilan pertama Aleena dalam kejohanan itu, yang menyaksikan 12 negara terbaik dunia bakal berentap dalam setiap kategori.
"Kalau boleh saya nak cuba untuk mendapatkan kedudukan podium bagi ketiga-tiga acara yang saya sertai, iaitu singles, pairs wanita dan pairs campuran," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Ia supaya apabila berada di World Bowls Series nanti, saya akan memiliki keyakinan yang tinggi."