Skip to main content

Permotoran

Malaysian Cub Prix: Saingan CP150-A cucuk rapat

aaa
Advertisement

Keputusan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix hari ini menyaksikan rombakan di kedudukan pelumba keseluruhan CP150-A dengan naib juara pusingan ketujuh, Md Haziq Md Fairues, kini naik ke takhta tetapi hanya 0.5 mata membezakannya dengan Azroy Hakeem Anuar yang menguasai tangga kedua.

Kasma Daniel Kasmayuddin pula di tangga ketiga selepas mengumpul 95 mata dengan berbaki satu lagi pusingan bulan depan.

Advertisement

Kejayaan berganda berjaya dicatat Pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing apabila dua pelumba mereka cemerlang meraih penamat satu-dua di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Selatan.

Sudah pasti ini adalah kejayaan termanis buat pemilik podium utama, Md Khairi Asyraf Mahmood, yang telah melalui pelbagai rintangan sukar dalam siangan musim ini.

Advertisement

Kejayaan ini mengingatkan Khairi Asyraf tentang aksinya dalam pusingan ketiga di Litar Dataran Seri Jempol, di mana dia terpaksa menelan kepahitan kehilangan mata perlumbaan akibat kemalangan di lap terakhir yang menafikan segala-galanya.

 

 

 

Dalam pada itu, juara pusingan keenam, Raiyan Khardanee Md Sanusi,  makin serasi dalam kategori CP125.

Selepas muncul tempat ketiga keseluruhan kategori Wira KBS musim lalu, konsistensi Raiyan Khardanee berterusan  di SIC, pada minggu ini.

Dengan mengisi petak pertama perlumbaan, kedudukan itu digunakan sebaik mungkin olehnya.

Walaupun tidak menamatkan perlumbaan di podium utama, namun berada di kedudukan kedua dengan dengan status kejayaan berganda buat pasukannya adalah satu pengalaman baru yang cukup manis.

 

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video