Tempoh enam hari menuju temasya Sukan SEA Thailand 2025 dengan sasaran 200 pingat diumumkan Chef De Mission (CDM), Nurul Huda Abdullah, buat kontinjen Malaysia di Thailand kali ini.
Ia merupakan penambahan 35 pingat daripada jumlah yang berjaya dicapai dalam edisi di Kemboja dua tahun lalu dan hampir 60 pingat melebihi sasaran edisi terakhir, dengan kenyataan yang sama seperti sebelum ini bahawa tiada sasaran emas diletakkan.
Advertisement
Bagi Nurul yang juga pemenang 22 pingat emas dalam Sukan SEA, ia merupakan sasaran realistik berdasarkan prestasi dan pencapaian terkini barisan atlet negara.
Kali terakhir Malaysia berjaya melepasi kutipan 200 pingat secara keseluruhan adalah pada Sukan SEA Thailand 2007 di Nakhon Ratchasima.
"Berdasarkan data daripada prestasi semasa pasukan kami meletakkan sasaran 200 pingat, ia nombor yang realistik.
"Kami harap atlet terus focus dan konsisten Ketika kejohanan dan membawa pulang pingat untuk negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Jefri Ngadirin, menegaskan sasaran ini diumum berdasarkan segala usaha yang telah dilakukan pihak berwajib dalam mengekalkan atlet untuk berada dalam kondisi terbaik.
"Prestasi yang diletakkan di Thailand kali ini kami rasa mampu dicapai dengan syarat setiap atlet berjuang.
"Persiapan kami lakukan seperti aspek sokongan dan bantuan banyak kami lakukan buat atlet. Perubahan venue dariapda Songkhla ke Bangkok keputusan terbaik agar atlet mampu bertanding tanpa sebarang bencana," tambahnya.
Dalam Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara, dua pembawa bendera rasmi juga diumum iaitu jaguh ski air negara, Aaliyah Yoong dan pemenang 2 pingat emas temasya ini dalam acara lompat kijang, Andre Anura Anuar.
