Skip to main content

Badminton

Malaysia naib juara Kejohanan Badminton Berpasukan Remaja Dunia 2026

f
Advertisement

Malaysia muncul naib juara Kejohanan Badminton Berpasukan Remaja Dunia 2026 selepas tewas 1-2 kepada China pada aksi final di Stadium Antarabangsa Kaherah, Mesir.

Meskipun gagal membawa pulang gelaran juara, pencapaian skuad muda negara tetap membanggakan apabila kembali beraksi di pentas final buat kali pertama sejak edisi 2017 di Yogyakarta, Indonesia.

Advertisement

Perlawanan yang menggunakan format relay 55 mata itu menyaksikan Malaysia bangkit memenangi pusingan kedua 55-53 selepas tewas 46-55 pada pusingan pertama, sekali gus mengheret pertembungan ke pusingan penentuan.

China terlebih dahulu menguasai pusingan pertama menerusi perseorangan wanita, Yi Qing Yin yang menewaskan Saidatul Saadiah Muhammad 11-5, sebelum Jing Yu Luo mengatasi Tiew Wei Jie 22-13 dalam perseorangan lelaki.

Advertisement

Kelebihan China bertambah menerusi beregu wanita, Si Chen-Shi Wei Yue Yue, yang menewaskan pasangan negara, Genevie Lim-Low Zi Yu, 33-18.

Beregu campuran Feng Yi Lang-Li Meng Han kemudian melebarkan jurang kepada 44-30 selepas mengatasi Zulwaqqarizal Ahmad-Low Zi Yu.

Malaysia gagal merapatkan jurang pada aksi beregu lelaki apabila Damien Ling-Shazmir Irfan Sharul tewas kepada Yi Chen Tu-Wei Gang Zheng, sekali gus menyaksikan China menutup pusingan pertama dengan kemenangan 55-46.

Bagaimanapun, skuad negara enggan mengalah apabila bangkit memberikan tentangan sengit pada pusingan kedua meskipun ketinggalan selepas dua aksi perseorangan awal.

Yi Xin Zhang dan Hong Tian Yue masing-masing membantu China mendahului 11-6 dan 22-18 sebelum beregu wanita negara, Genevie-Zi Yu, merapatkan kedudukan kepada 30-33 selepas menewaskan Chen Shi-Yue Yue.

 

 

 

Momentum itu diteruskan beregu campuran Shazmir Irfan-Genevie yang menundukkan Yi Lang-Meng Han 44-36, sebelum gandingan Shazmir Irfan-Zulwaqqarizal memastikan Malaysia memenangi pusingan kedua 55-53 menerusi kemenangan ke atas Chen Tu-Gang Zheng.

Namun, kebangkitan itu gagal diteruskan apabila China kembali menguasai pusingan penentuan untuk mengesahkan kejuaraan.

Yi Qing Yin membuka langkah buat China dengan menewaskan Saidatul 11-3, manakala Jing Yu Luo menambah kelebihan selepas mengatasi Tiew Wei Jie 22-9 dalam perseorangan lelaki.

China terus mengukuhkan kedudukan menerusi beregu wanita, Chen Shi-Yue Yue, yang menewaskan Genevie-Zi Yu 33-26, sebelum Feng Yi Lang-Li Meng Han mengatasi Zulwaqqarizal-Zi Yu 44-35 dalam beregu campuran.

Gandingan beregu lelaki China, Yi Chen Tu-Wei Gang Zheng, akhirnya memastikan kemenangan pasukan itu apabila menewaskan Damien Ling-Shazmir Irfan 55-45, sekali gus mengesahkan kemenangan keseluruhan 2-1.

Malaysia sebelum itu melangkah ke final dengan penuh bergaya selepas menewaskan juara edisi 2024, Indonesia, 2-0 pada aksi separuh akhir. - Sinar Harian


 


 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video