Skip to main content

Maraton

Malaysia Marathon 2026: RM50 ribu menanti pelari tempatan pecah rekod kebangsaan

v

Malaysia Marathon 2026 merupakan acara larian berskala besar yang dianjurkan bersempena sambutan Tahun Melawat Malaysia serta Hari Kebangsaan Ke-69.

Dengan menawarkan empat kategori laluan daripada 42(km) kilometer hingga 5km, seramai 25 ribu peserta dari kalangan pelari tempatan dan antarabangsa dijangkakan akan menyertai larian itu pada 30 Ogos depan.

Acara larian dua hari itu turut menawarkan wang tunai berjumlah RM50 ribu khususnya buat pelari tempatan yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan bagi kategori 42km dan 21km.

Antara kelainan yang diketengahkan Malaysia Marathon 2026 — flag off yang diawalkan buat peserta beragama Islam sekali gus menjadi contoh penganjur yang peka dan cakna dengan maklum balas pelari selama ini.

Laluan perlumbaan Malaysia Marathon memenuhi piawaian antarabangsa dan akan bermula di Pavillion Kuala Lumpur dan berakhir di KLCC.

"Ini salah satu tarikan kepada pelari elit terutamanya rakyat Malaysia untuk kategori 50km dan 21km.

"Peserta yang mampu pecahkan rekod, itulah hadiahnya, untuk berikan galakan dan dorongan untuk Malaysia Marathon edisi pertama ini.

"Saya mahu peserta 10km, 42km, dan 21km pulang ke rumah sebelum subuh, isu solat di atas lebuh raya dapat dikurangkan, saya sudah buat tempat solat di depan KLCC, jadi keselesaan buat peserta-peserta." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video