Jurulatih skuad B-15 negara, P.Maniam, optimis anak buahnya mampu melakar sensasi dengan melangkah jauh dalam edisi sulung Festival dan Piala Dunia B-15 2026 nanti.
Malaysia yang berada dalam Kumpulan H dijadualkan akan berdepan Republik Dominica sebelum menghadapi cabaran Syria, Ethiopia, Hungary dan Mexico di Hovsan Competition Complex.
Kejohanan itu menyaksikan sebanyak 189 pasukan dari enam konfederasi telah diundi ke dalam 32 kumpulan akan membuka tirai pada 24 hingga 30 Oktober ini di Azerbaijan.
"Kami telah bermula dari Januari, kami juga telah sertai Piala Belia, dan baru-baru ini kami memanggil empat pemain dari Johor dan seorang dari Terengganu utnuk kita bawa ke pasukan.
"Ini peluang untuk pemain. Kami akan berdepan Republik Dominika, Syria serta Mexico. Mereka ini pasukan yang kuat, pengalaman yang bagus.
"Kita boleh pergi jauh dalam perjuangan ini. Ini peluang untuk mereka untuk menunjukkan prestasi (terbaik) mereka.
"Setiap permainan, kami mahu tengok pemain begitu komited, memberi 100 peratus, lepas itu mereka harus berjaya dalam semua perjuangan.Itu tuntutan jurulatih kepada pemain." katanya.
