Bukan nasib yang baik buat Sergio Aguero.
Pemain kelahiran Argentina itu difahamkan bakal terlepas panggilan Harimau Malaya buat kali kedua menjelang dua perlawanan persahabatan di Guangzhou, China pada bulan hadapan.
Perkongsian oleh wartawan Astro Arena, Zulhelm Zainal Azam, mengatakan bahawa Aguero berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat membantu negara apabila mengalami kecederaan lutut sewaktu beraksi bersama PSM Makassar di Indonesia.
Bintang berusia 32 tahun itu sebelum ini kempunan menyertai skuad kendalian jurulatih interim, Tan Cheng Hoe, dalam Piala ASEAN FIFA tatkala turut mengalami kecederaan.
🚨Kempunan kali kedua, difahamkan Sergio Aguero dapat call up skuad Harimau Malaya untuk aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Yemen di Guangzhou, namun terpaksa lupakan akibat kecederaan lutut. 🤕🐯 @ASTROARENA https://t.co/tTmoCCXWPz
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 25, 2026
Kali terakhir dia mewakili pasukan kebangsaan pada Piala Hyundai ASEAN 2026.
Malaysia akan bertemu tuan rumah dan Yemen sebagai dua lawan dalam jendela antarabangsa.