Skip to main content

Bola Sepak

Malang! Facundo Garces ditimpa nasib buruk lagi

Garces

Tempoh yang semakin panjang buat pertahanan yang menyarung jersi Malaysia itu.

Facundo Garces terus dibayangi detik paling sukar dalam hidupnya apabila disahkan mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL) dan terpaksa berehat lebih lama sebelum sepatutnya kembali beraksi pada November ini.

Kelab LaLiga, Deportivo Alaves, dalam satu kenyataan memaklumkan bintang kelahiran Argentina itu akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Garces bersama enam lagi pemain terpalit dengan kes pemalsuan dokumen mewakili Harimau Malaya sebelum ini meneruskan penggantungan tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan rasmi dan tidak melibatkan semua aktiviti berkaitan bola sepak.

Ia, selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan meskipun dibenarkan beraksi seketika pada awal tahun sebelum meneruskan hukuman tersebut.

Jangkaan kesemua pemain terbabit bakal kembali beraksi pada November ini, namun dia terpaksa melupakan hasrat untuk membuat kemunculan semula susulan perlu menunggu lebih lama menanti kecederaan pulih semula.


 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement