Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Malam yang tidak akan dilupakan -- Gabriel Palmero

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

j

Pertahanan baru Kuching City, Gabriel Palmero, menjangkakan satu penamat terbaik buat pasukannya dalam kempen Piala Malaysia musim ini selepas bergaya melangkah ke pusingan separuh akhir.

Perkara itu susulan bekas pemain CD Tenerife dan Harimau Malaya itu menjaringkan gol dalam debut pertamanya bersama skuad The Cats ketika menewaskan DPMM 6-2 secara agregat di Stadium Negeri, Kuching, baru-baru ini.

Advertisement

 

 

 

"Saya berasa gembira berada di sini. Ia satu malam yang tidak akan dilupakan. Ia akan menjadi satu penamat musim yang bagus." katanya.

Kuching City mara ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia dengan Selangor akan menjadi cabaran mereka dalam pusingan separuh akhir nanti.

Must Watch Video