Bekas YouTuber, Jake Paul mengalami patah rahang di dua tempat ketika tewas knockout (KO) kepada bekas juara dunia heavyweight, Anthony Joshua, dalam pertarungan di Miami, Amerika Syarikat semalam.
Joshua menjatuhkannya dua kali pada pusingan kelima dan kemudian dua kali lagi pada pusingan keenam untuk menamatkan pertarungan mereka dalam pusingan sama semalam.
Advertisement
Jake Paul berkongsi maklumat terkini tentang perkembannya selepas mengalami patah rahang di dua tempat.
Mengeluarkan maklumat terkini kepada peminat di media sosial, Paul mendedahkan dia akan dipaksa makan menggunakan straw selama seminggu dan beberapa giginya telah dicabut.
Jake menyiarkan gambar dirinya di atas katil di Hospital Universiti Miami, berkata di Instagram, "Pembedahan berjalan lancar terima kasih atas semua kasih sayang dan sokongan. dua plat titanium di setiap sisi. Beberapa gigi dicabut. Hanya perlu minum cecair selama tujuh hari.
Double broken jaw. Give me Canelo in 10 days. pic.twitter.com/8R8NK4OeUv
— Jake Paul (@jakepaul) December 20, 2025