Skip to main content

Bola Sepak

Mainz puji usaha Destiny FDC beri platform buat pemain muda negara tembusi pasaran Jerman

jk

Kelab Bundesliga Jerman, FSV Mainz 05, memuji usaha Pusat Pembangunan Bola Sepak Destiny, dalam memberikan platform kepada pemain muda Malaysia untuk menembusi pasaran bola sepak di Jerman.

Duta Pembangunan Belia Mainz 05, Jorg Conrad, menegaskan pendedahan beraksi di Jerman sejak usia muda merupakan salah satu laluan terbaik untuk pemain menarik perhatian kelab-kelab di Eropah dan mengembangkan k

"Kami boleh berikan mereka plaltform untuk bersaing dengan kelab besar di Jerman yang berapa ditahap tertinggi. Ia sangat baik buat Destiny," katanya.

Lapan pemain Destiny kini berada di Jerman bagi meneruskan program pembangunan serta memburu peluang melebarkan karier masing-masing.

Antaranya, adik-beradik Hans Daniel Skelchy dan Kyle Joshua Skelchy, Kaden Daniel Stephens, Mikhail Alwani serta Premjeet Dhaliwal.

Usaha digerakkan menerusi kerjasama Destiny FDC bersama rakan global, Schaechter Sports yang bertindak sebagai penghubung kelab di Jerman bagi membuka lebih banyak peluang kepada pemain muda.

Conrad yang juga pernah menjadi rakan sepasukan jurulatih ternama dunia, Jurgen Klopp, ketika era 90an terima kunjungan pemain muda Destiny di Stadium Mewa, semalam.

"Saya jumpa dia tiga bulan lalu (Klopp) yang menyambut hari jadinya, dia menyambut dan kami sangat bergembira.

"Dia bukan pemain yang bagus dalam masa lalu tetapi dia seorang jurulatih bagus, sangat bermotivasi. Ia sesuatu yang menarik yang ada padanya." kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video