Skip to main content

Bola Sepak

Maghribi tawar diri anjur Piala Dunia edisi 2030

jjjj

Usaha Maghribi belum cukup untuk mereka mengulangi pencapaian Piala Dunia edisi lalu, apabila sekali lagi dihampakan Perancis dalam kelompok lapan terakhir semalam.

Namun, ia tidak memadam impian besar wakil Afrika itu yang sedia bertindak sebagai tuan rumah bersama seterusnya, sambil menetapkan sasaran untuk mendakap trofi tersebut.

Persembahan Atlas Lions dalam kejohanan yang diperluaskan kepada 48 pasukan itu boleh dianggap memberasangkan apabila muncul negara Afrika pertama yang mara ke suku akhir berturut-turut dengan menyingkirkan Belanda dan mengejutkan Brazil dalam perlawanan pembukaan perlawanan akhir mereka di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS).

Timbul keraguan mengenai potensi mereka memandangkan perubahan di tampuk kejurulatihan yang dibuat hanya tiga bulan sebelum pusingan akhir, tetapi Mohamed Ouahbi telah membuat peralihan yang lancar sebagai jurulatih senior selepas memimpin skuad remaja merangkul gelaran Piala Dunia B-20 tahun lalu.

Maghribi berasa mereka layak untuk menjadi sebahagian daripada penganjur Piala Dunia seterusnya dengan menawarkan diri sebagai tuan ruamh bersama Portugal dan Sepanyol.

“Kami mempunyai pasukan muda yang ingin berkembang, yang akan terus berbuat demikian.

"Kami mempunyai pemain berbakat yang akan membolehkan kami berkembang.

"Adalah normal untuk menganggap Maghribi akan mengekalkan jurulatih dan memberinya masa untuk memperbaiki pasukannya, dengan memenangi Piala Dunia seterusnya sebagai sasaran mereka" katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video