Skip to main content

Bola Sepak

Macam Manchester United? Kit latihan baharu Selangor FC curi tumpuan

Macam Manchester United? Kit latihan baharu Selangor FC curi tumpuan

Selepas mengumumkan kerjasama bersama gergasi sukan dunia, Adidas, sebagai penaja rasmi bagi musim 2026/27, Selangor FC sekali lagi menjadi bualan apabila memperagakan kit latihan baharu yang mengingatkan ramai kepada Manchester United.

Penampilan skuad Gergasi Merah ketika sesi latihan terbaru mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial apabila ramai penyokong menyedari rekaan kit tersebut hampir menyerupai koleksi latihan Manchester United yang turut ditaja Adidas.

Daripada potongan moden, corak pada fabrik sehinggalah susunan panel dan tiga jalur ikonik Adidas, ramai berpendapat kit latihan Selangor FC membawa sentuhan yang sinonim dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

“Macam tengok United tengah training,” tulis seorang penyokong di media sosial, manakala seorang lagi menyifatkan penampilan baharu itu sebagai 'kelas Eropah'.

Walaupun rekaan asas dikongsi dalam katalog global Adidas dan digunakan oleh beberapa kelab di bawah tajaan jenama itu, pemilihan kit latihan berkenaan tetap mencuri perhatian kerana persamaannya dengan Manchester United.

Kerjasama bersama Adidas dilihat sebagai antara pencapaian terbesar Selangor FC dari sudut penjenamaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Selain meningkatkan imej profesional kelab, ia turut memberi nilai komersial yang lebih tinggi kepada produk rasmi pasukan.

Kini, tumpuan penyokong beralih kepada pelancaran jersi rasmi Selangor FC bagi musim 2026/27. Selepas kit latihan berjaya mencetuskan keterujaan, ramai berharap jersi baharu Gergasi Merah bakal tampil dengan rekaan eksklusif yang mampu menjadi kegilaan penyokong.
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video