Skip to main content

Berbasikal

LTdL: MPC pertaruh tenaga muda, pengalaman Izzat Hilmi

ccc
Advertisement

Malaysia Pro Cycling (MPC) mengesahkan barisan enam pelumba yang akan menggalas cabaran pasukan pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, dengan lima pelumba Malaysia bakal bergandingan bersama pelumba Filipina, Erickson Lopez.

Dengan purata usia 23.5 tahun, MPC mempertaruhkan barisan muda bagi edisi kali ini.

Advertisement

Lima daripada enam pelumba berusia antara 21 hingga 23 tahun, sementara Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil, 31, menjadi tonggak berpengalaman dalam skuad dan bakal membuat penampilan kelapannya di LTdL.

Gabungan itu memberikan MPC keseimbangan antara tenaga muda dan pengalaman, dengan kesemua enam pelumba yang dipilih berasal dari Asia Tenggara.

Advertisement


Pemilihan barisan kali ini turut mengambil kira prestasi semasa pelumba.

 

 

Izzat hadir dengan keyakinan selepas dinobatkan sebagai juara Perlumbaan Lebuhraya Elit Lelaki Kebangsaan 2026 pada 13 September lalu, manakala Iqbal turut mencuri perhatian apabila menamatkan perlumbaan sama di tempat ketiga.

Syawal pula membawa prestasi meyakinkan selepas meraih tempat kedua pada peringkat akhir Tour de Gyeongnam 2026, perlumbaan berstatus UCI 2.2.

Gabungan enam pelumba ini memberi MPC lebih banyak pilihan taktikal untuk menghadapi karakter setiap peringkat, khususnya di laluan berbukit, dalam percaturan kumpulan hadapan serta ketika mengatur penyudah perlumbaan.

Beraksi di tanah air tentunya hadir dengan harapan dan tanggungjawab yang lebih besar.

MPC mahu tampil dengan perlumbaan yang kemas dan berdisiplin, bijak membaca situasi serta memanfaatkan setiap peluang yang hadir.

Paling penting, pasukan mahu memberikan persembahan terbaik yang dapat dibanggakan oleh penyokong berbasikal Malaysia. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video