Kurang seminggu sebelum bermulanya Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, nama lama timbul kembali, Muhamad Iqbal Daniel Nawawi, yang mengintai penampilan keduanya dalam LTdL bersama Malaysia Pro Cycling (MPC) selepas membuat kemunculan menerusi edisi 2024.
Iqbal Daniel juga kini dalam momentum terbaik selepas meraih gangsa dalam Kejohanan Berbasikal Lebuh Raya Kebangsaan 2026 di samping rakan sepasukan MPC, Izzat Helmi, yang menjuarai kejohanan itu.
"Saya perlu usaha dapatkan tahap prestasi terbaik dalam baki tempoh persediaan yang ada.
"Prestasi saya masih kurang. Biarpun menyertai kejohanan baru-baru ini tapi saya tekad tingkatkan prestasi demi terpilih untuk perlumbaan LTdL buat kali kedua," katanya.

Namun, satu perkara yang dirisaukan untuk Iqbal sebagai seorang pakar pecut adalah laluan edisi kali ini.
"Saya cuba dapatkan gelaran Raja Asia walaupun hanya bertahan sehari.
"Memandangkan saya merupakan pelumba pecut dan perlumbaan kali ini banyak melibatkan laluan mendaki, saya perlu dapatkan momentum sejak perlumbaan pertama lagi," katanya.
