Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill, melaungkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS)-Majlis Sukan Negara (MSN) sudah membuktikan mereka penganjur terbaik Le Tour de Langkawi (LTdL).
Selepas mengesahkan KBS-MSN sekali lagi diumumkan sebagai penganjur untuk tempoh tiga tahun lagi.
Advertisement
Ia ditambah dengan prestasi tahun terakhir KBS-MSN menganjurkan LTdL 2025 yang menyaksikan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) memberi lampu hijau terhadap penganjuran itu, dalam erti kata lain diklasifikasikan cemerlang.
"MSN cemerlang dalam soal penganjuran sejak 2023 hingga 2025.
"Edisi tahun lalu merupakan penganjuran terbaik 2025.
"PKBM rasa lega kerana kami mempumnyai hubungan yang baik dengan MSN dan kami boleh bekerjasama," katanya.
Sementara itu, Amarjit juga meletak harapan tinggi untuk melihat ia akan disertai lebih banyak pasukan bertaraf jelajah dunia dengan saingan musim ini demi memuaskan hati semua peminat bagi mengangkat Malaysia di mata dunia.
"Saya harap kami dapat menggamit lebih banyak pasukan bertaraf dunia selain pasukan berkualiti.
"LTdL mempunyai reputasi besar di serata dunia dan saya harap dapat (meyakinkan) MSN untuk dapatkan lebih banyak pasukan bertaraf dunia," katanya.