Skip to main content

Berbasikal

LTdL 2026: Ren Bao mahu teruskan momentum, Genting Highlands cabaran seterusnya

LTdL 2026: Ren Bao mahu teruskan momentum, Genting Highlands cabaran seterusnya
Advertisement

Menjadi pelumba tempatan pertama yang melintasi garisan penamat di puncak Cameron Highlands menjadi tonik terbaik buat pakar pendaki St George Continental Cycling Team, Tsen Ren Bao.

Pencapaian itu menyemarakkan semangat Ren Bao untuk memburu jersi putih pelumba terbaik Asia tajaan MASOC 2027.

Advertisement

Meskipun pendakian Cameron Highlands dikategorikan sebagai pendakian berstatus Hors, Ren Bao menyifatkan cabaran tersebut belum mencapai tahap paling sukar buat dirinya.

Sebaliknya, dia menjangkakan peringkat kelima bakal memberikan ujian lebih besar apabila peloton berdepan pendakian di Genting Highlands.

Advertisement

Ren Bao juga tidak sabar untuk beraksi bersama adiknya, Tsen Ren Han, dalam cabaran mendaki Genting Highlands.

Pendakian itu bakal menjadi cabaran ekstrem pertama buat mereka dalam perlumbaan sebesar ini dan Ren Bao melihatnya sebagai satu lagi peluang untuk menguji kemampuan sebelum meneruskan misi memburu jersi putih.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video