Bekas pelumba terbaik Asia, Adiq Husainie Othman, menjangkakan mana-mana pelumba yang dapat menguasai pendakian Kategori Hors melibatkan dua atau tiga puncak di antara Gunung Jerai, Genting Highlands dan Cameron Highlands, miliki potensi untuk bergelar juara keseluruhan.
Itu antara intipati menarik dalam penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 bermula hujung bulan ini, yang melibatkan penawaran mata tinggi di tiga zon pendakian kali ini.
Adiq Husainie menambah, pengalaman menyarung jersi polkadot (Raja Bukit) bukan bermaksud mana-mana pelumba perlu menguasai setiap puncak tetapi setiap breakaway juga akan menawarkan kutipan mata yang tinggi untuk menyarung jersi itu.
"Kalau kita lihat ketiga-tiga pendakian ini memiliki Pendakian Hors dan Pendakian Kategori 1," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Mata yang ditawarkan memang besar berbanding Kategori 3 atau 4 yang ditawarkan di setiap peringkat.
"Jadi, mana-mana pelumba yang sampai dahulu ke garisan penamat di tiga puncak itu, mereka secara automatik akan mendapat mata berganda untuk jersi polkadot dan dalam masa sama akan dapat menyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan."