Skip to main content

Berbasikal

LTdL 2026: Matteo Malucelli juara Peringkat Ketiga, Lennart dahului ranking pertama

Mateo
Advertisement

Pecutan bertenaga menyaksikan Matteo Malucelli kembali berada di hadapan untuk menjuarai Peringkat Ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 dari Sungai Petani ke Kuala Kangsar sebentar tadi.

Pelumba pasukan XDS Astana sebelum ini membuka tirai saingan dengan memenangi Peringkat Pertama pada Ahad lalu.

Advertisement

Perjalanan sejauh 189.7 kilometer (km) itu turut meletakkan wakil tunggal negara, Izzat Hilmi Abdul Jalil dari pelumba Malaysia Pro Cycling (MPC) di tempat kelima.

Namun, juara Peringkat Kedua, Lennart Jasch, bagaimanapun meletakkan dirinya selaku pelumba ranking pertama setakat ini selepas mencatatkan masa terbaik keseluruhan selepas tiga peringkat, sekali gus mengumpul dua jersi oren setakat ini.

Advertisement

Dalam masa sama, pelumba Tudor Pro Cycling Team itu sekali lagi dinobat selaku pemenang jersi polkadot untuk kali kedua menandakan Raja Bukit untuk dua kali berturut-turut setakat ini.

Sementara itu, atlet kelahiran Jepun, Yuhi Todome, meraih jersi putih mendominasi pelumba di kalangan Asia bagi peringkat ini.

Perlumbaan akan diteruskan pada esok dengan permulaan dari Meru Raya ke Cameron Highlands sejauh 142.3km. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement