Matteo Malucelli terlepas peluang untuk memenangi Peringkat Keenam apabila Riley Pickrell terlebih dahulu melintasi garisan penamat yang berakhir di Rembau dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 sebentar tadi.
Pecutan pada penghujung jalan lurus dalam kelompok hadapan tetap tidak memberikan tekanan buat Pickrell meskipun bersaing hebat dengan pelumba lain.
Juara Peringkat Kedua, Lennart Jasch, terus meleyakkan dirinya selaku pelumba ranking pertama setakat ini selepas mencatatkan masa terbaik keseluruhan, sekali gus terus mengumpul koleksi jersi oren.
Riley Pickrell wins stage 6 ahead of Matteo Malucelli and Seppe Van den Boer. Lennart Jasch retains the lead in the overall ranking and the KOM classification.
— Le Tour de Langkawi 2026 (@LTdL2026) October 2, 2026
Pelumba pasukan XDS Astana bagaimanapun tidak berakhir dengan tangan kosong apabila mendahului senarai pelumba terpantas.