Skip to main content

Berbasikal

LTdL 2026: Lima pasukan benua galas maruah negara masing-masing

tdl.

Lima pasukan berstatus Benua (Continental) tidak mahu hadir ke edisi ke-30 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026, 27 September hingga 4 Oktober ini sekadar menjadi pelengkap 20 pasukan yang bertanding.

Sebaliknya, Nusantara Cycling Team (Indonesia), Thailand Continental Cycling Team (Thailand), 7-Eleven Cliqq Roadbike Philippines (Filipina), Aisan Racing Team (Jepun) dan KSPO (Korea Selatan) sedar bahawa mereka membawa maruah negara masing-masing apabila berkayuh di dalam peloton yang dipenuhi pelumba pasukan berstatus WorldTeam dan ProTeam.

Malah, rekod juga membuktikan LTdL pernah menyaksikan pasukan dan pelumba pasukan Benua mampu meraih penghormatan tertinggi apabila menang jersi pendahulu individu (GC) dan Pasukan Terbaik Keseluruhan.

Ia bermula pada LTdL 2007 apabila pasukan Benua, Giant Asia Racing Team muncul terbaik dalam klasifikasi berpasukan sekalipun disaingi pasukan handalan Eropah seperti Credit Agricole, Unibet.com, Tinkoff Credit System, Francais des Jeux dan Bouygues Telecom pada edisi ke-12 ketika itu.

Selang tujuh tahun, pelumba Iran, Mirsamad Pourseyedi yang mewakili Tabriz Petrochemical Cycling Team muncul di tangga teratas senarai GC pada LTdL 2014.

Mengikuti jejak Mirsamad selepas itu adalah pelumba TSG dari Russia, Artem Ovechkin yang menang jersi pendahulu pada 2018, diikuti dua tahun berturut-turut oleh Sapura Racing Team (kini dikenali MPC Cycling) yang melihat pelumbanya, Benjamin Dybal dan Danilo Celano berdiri di pentas utama pada 2019 dan 2020.

Pada edisi ke-30 kali ini, Nusantara yang membuat kemunculan pertama pada 2024 tetapi gagal melakukan sesuatu apabila tiga pelumbanya tersingkir kerana lebih masa (OTL) pada Peringkat 4, kembali memperbaiki persembahan mereka pada LTdL 2025 lalu dengan berada di tangga ke-14 berpasukan keseluruhan, dan muncul Pasukan Asia Terbaik.

Kali ini, Nusantara yang dipimpin pengurus Rastra Patria Dinawan masih mengekalkan barisan yang sama iaitu pelumba terbaiknya pada LTdL 2025, Maulana Astnan Al Hayat yang berada di tangga ke-37; Muh Iman Arifin (92); Muhamad Ridwan (82); Muhamad Herlangga (46); Ade Meisa (78) dan Ilhan Dzikri Ramadan.

Pengalaman berkayuh pada tahun 2024 dan 2025 menjadi senjata terbesar wakil Indonesia ini meskipun bentuk laluan pada LTdL 2026 kali ini lebih mencabar berbanding hanya satu pendakian ke Bukit Fraser pada tahun lalu.

Sama seperti Thailand Continental Cycling Team yang berada di tangga ke-16 berpasukan keseluruhan tahun lalu, mereka mengekalkan tiga pelumba iaitu Tanakarn Chaiyasombat (yang ke-21); Aphisit Suphan (38) dan Noppachai Klahan (75); serta memperkenalkan three muka baru iaitu Peerapol Chawakiangkwang; Thanachat Yutan; dan Tulatorn Sasalam.

Wakil Jepun, Aisan yang kecewa apabila three pelumbanya gagal menamatkan kayuhan (DNF) pada Peringkat 8 dan terakhir dari Tangkak ke Kuala Lumpur tahun lalu, hanya menyenaraikan pelumba terbaiknya tahun lalu, Kazuto Minami (tangga ke-36), tetapi membawa tenaga baharu Yuhi Todome; Hijiri Oda; Hayato Tobaru (LTdL 2024); Rui Udagawa dan Keiko Kamiya untuk memikul cabaran tahun ini.

Nasib sama menimpa KSPO yang hanya menyenaraikan lima pelumba pada awalnya tetapi kehilangan three pelumba di akhir saingan, dan dengan hanya Kim Jinwoong (tangga ke-72) dan Shin Byeonghoon (98), wakil Korea Selatan itu tiada dalam klasifikasi berpasukan yang mewajibkan catatan three pelumba terbaik.

Selain Jinwoong dan Byeonghoon, pengurus pasukan Lee Byeongil turut menyenaraikan Kim Gukhyun; Park Jihwan; Kim Taehyoong; dan Park Taejun yang terkeluar di Peringkat 5 tahun lalu.

Senario berbeza dibawa pengurus 7-Eleven Cliqq, Ric Rodriguez yang kali ini mengekalkan nisbah three pelumba kelahiran Filipina yang kesemuanya tiada dalam senarai tahun lalu iaitu Ronnilan Quita; Mervin Corpes; dan Jaypee Orlante; manakala three tenaga import kali ini adalah Antoine Arnaud Robert Huby (FRA); James Steven Krzanich (NZL) dan Matthew Joel Sherwin (AUS).

Kehilangan pelumba importnya, Luke Burns seawal Peringkat 2 menyebabkan strategi pasukan itu mengalami kesukaran dan terpaksa akur di tangga ke-13 keseluruhan berpasukan manakala pelumba terbaik adalah Joshua Pascual (tangga ke-35).

Ketua Pegawai Operasi (COO) LTdL 2026, Emir Abdul Jalal berkata, sekalipun berstatus Benua, tidak mustahil pelumba dan pasukan dianggap kecil itu mampu berdiri di podium.

“Sejarah perlumbaan LTdL sebelum ini sering membuktikan pelumba dan pasukan Asia juga tidak kurang hebatnya seperti yang pernah dilakukan antaranya Wong Kam Po, Koji Fukushima, Samai, Anuar Manan, Taiji Nishitani, Mirsamad, Wang Meiyin, Seo Joon Yong dan Hariff Saleh sendiri yang menang peringkat ketika mewakili pasukan berstatus Benua.

“Apa yang diperlukan oleh pelumba pasukan Benua adalah tidak berasa kerdil dan harus yakin kepada kemampuan sendiri untuk mengatasi pelumba handalan WorldTeam dan ProTeam dari Eropah.

“Dengan three pendakian yang dianggap sukar di Gunung Jerai, Cameron Highlands dan Genting Highlands pada LTdL 2026 ini, mereka seharusnya bertindak lebih bijak dan memasang strategi yang tepat untuk terus memberi cabaran hingga ke akhir,” kata Emir lagi.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement