London Maraton merupakan antara kejohanan major yang menjadi tumpuan pelari tegar seluruh dunia tak kira pelari profesional, amatur mahupun kultur.
Dan atas kepesatan jumlah penyertaan pelari saban tahun, pihak penganjur berkira-kira untuk menjadikan penganjuran 2027 berlangsung selama 2 hari.
Advertisement
Masih belum ada kata putus mengenai keputusan ini namun pihak penganjur tidak menolak kemungkinan untuk meneliti cadangan penganjuran dua hari.
Cadangan itu timbul selepas edisi 2026 mendapat sambutan cukup luar biasa, 36% peningkatan berbanding 2025 di mana kira-kira 1.1 juta permohonan diterima.
Pihak penganjur bersedia untuk memastikan hasrat orang ramai untuk menyertai kejohanan besar ini tercapai dengan salah satu cara adalah menambah jumlah hari kejohanan.
Cadangan ini turut mendapat sokongan padu Datuk Bandar London, Sadiq Khan dengan merasakan inisiatif ini bersesuaian dengan status London sebagai antara kota sukan terbaik dunia selain dapat memberi impak positif secara keseluruhan buat kota metropolitan London.
Untuk rekod, penganjuran sebelum ini hanya berlangsung selama satu hari dengan penyertaan maksimum adalah melibatkan 100 ribu pelari dalam satu-satu masa.