Skip to main content

Bola Sepak

Liverpool hilang khidmat Mohamed Salah lebih awal

mo

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah, bakal terlepas baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini  selepas mengalami kecederaan hamstring selepas kemenangan menewaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield malam, tadi.

Pemain kebangsaan Mesir berusia 33 tahun itu mengumumkan dia akan meninggalkan The Reds pada akhir musim ini, dengan Salah terpaksa dibawa keluar pada minit ke-60.

Advertisement

"Dia mengalami koyakan hamstring dan memerlkan rawatan selama empat minggu." jelas pengarah pasukan kebangsaan Mesir, Hassan.

Selepas Sembilan musim penuh trofi, karier Salah bersama Liverpool sampai ke penghujung. Liverpool mempunyai baki dua aksi di laman sendiri -bertemu Chelsea dan Brentford- serta akan berkunjung ke Old Trafford dan berdepan Aston Villa dalam aksi terakhir musim ini.

Untuk rekod, Salah merekodkan 12 gol dan Sembilan bantuan jaringan dalam semua kejohanan musim ini.

 

 

 

 

Must Watch Video