Ketua pasukan Inter Miami CF, Lionel Messi, tidak berminat untuk menjadi seorang jurulatih pada masa depan, sebaliknya lebih cenderung untuk memiliki dan membangunkan kelabnya sendiri selepas bersara.
"Saya tidak melihat diri saya sebagai jurulatih," kata Messi dalam satu temu bual bersama Luzu TV, saluran
Advertisement
"Saya menyukai idea menjadi pengurus, tetapi saya lebih suka menjadi pemilik. Saya ingin mempunyai kelab saya sendiri, bermula dari bawah dan mengembangkannya.
"Ia boleh memberi peluang kepada anak-anak untuk berkembang dan mencapai sesuatu yang penting.
"Jika saya terpaksa memilih, itulah yang paling menarik minat saya," katanya.
Messi baru-baru ini menandatangani lanjutan kontrak dengan Inter Miami hingga musim 2028, justeru memastikan dia kekal aktif selama beberapa tahun lagi.
Namun, dalam masa yang sama, dia bekerjasama dengan rakan sepasukan, Luis Suarez, untuk membangunkan kelab divisyen keempat Uruguay, Deportivo LSM yang menawarkan 80 pekerjaan profesional dan memiliki 3,000 ahli.
"Deportivo LS ialah impian keluarga yang bermula pada 2018. Kami telah berkembang pesat dengan mengumpul lebih daripada 3,000 ahli," kata Suarez.
"Saya ingin menawarkan bola sepak Urugua -- tempat yang saya sayangi dan membesar -- peluang dan kemudahan untuk remaja dan kanak-kanak berkembang."
