Skip to main content

Bola Sepak

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, bakal bermain sebagai satu pasukan?

Messi, Ronaldo, berpotensi bermain dalam satu pasukan buat kali pertama

Peminat bola sepak dunia mungkin bakal menyaksikan satu detik yang selama ini dianggap mustahil apabila Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo berpotensi berada dalam satu pasukan.

Carlos Tevez dilaporkan bakal mengadakan perlawanan perpisahan khas pada Disember ini di La Bombonera, Buenos Aires, dengan Messi dan Ronaldo antara nama yang bakal dijemput menyertai acara berkenaan.

Jika kedua-dua legenda itu menerima undangan dan beraksi dalam pasukan yang sama, ia bakal mencipta satu lagi babak ikonik dalam sejarah bola sepak dunia.

Messi dan Ronaldo merupakan dua nama paling dominan dalam era bola sepak moden, selain menjadi pencetus persaingan hebat selama lebih sedekad.

Namun, sepanjang karier profesional mereka, kedua-duanya tidak pernah beraksi bersama dalam satu pasukan.

Kini, perlawanan perpisahan Tevez berpotensi menjadi pentas yang menyatukan dua legenda tersebut -- walaupun hanya untuk satu malam.

Tevez, bekas penyerang Argentina dan Boca Juniors, mempunyai hubungan rapat dengan Messi selepas pernah menjadi rakan sepasukan di peringkat antarabangsa.

Lebih menarik, perlawanan itu akan berlangsung di La Bombonera, gelanggang keramat Boca Juniors yang cukup sinonim dengan perjalanan karier Tevez.

Sekiranya Messi dan Ronaldo benar-benar turun beraksi bersama, perhatian dunia pastinya tertumpu kepada satu persoalan:

Adakah ini akhirnya menjadi kali pertama dua ikon terbesar bola sepak moden bermain dalam satu pasukan?

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement